Saturday

Step by Step: Strip Washing Cloth Diapers


How To Strip Wash Cloth Diaper

Good Day Mommies,


Kali ni Ummi nak post something juga mgnai 'strip washing' cloth diaper ni.. 


Ok,

Dari masa ke masa, kita akan dapati cloth diapers yang sering kita gunakan akan mula berbau walaupun baru je lepas buat cucian.. Jangan risau bukan maksudnye cloth diapers yg kite baru cuci tak bersih tapi ini disebabkan oleh mendapan sabun dan minyak pada fabrik cloth diapers. Mendapan ni bukan saja akan memberi bau tapi juga boleh mengurangkan daya serapan terutamanya pada insert. Mommies boleh hilangkan atau sekurang-kurangnya kurangkan bau dan mendapan tersebut dengan membuat strip wash yang mudah. Berikut beberapa langkah mudah yang boleh mommies jadikan panduan:

Step 1: Isikan washing machine anda dengan HOT water (rasa dengan tanagn panas) dan bukan BOILED water (nak bg accurate suhu tak pernah pulak ukur). Biasenya sy akan set sebagai Full Loading.


Step 2: Masukkan cloth diapers yang ingin dicuci dan biarkan mesin start cycle dalam 2-3 minit.

Step 3: Kemudian masukkan sedikit (dalam 1 sudu teh) sabun cuci pinggan (jenis liquid) ke dalam cucian. Pastikan sabun cuci pinggan anda tidak mengandungi bleach atau agen pelembut (mcm pelembut tangan dsbgnya).

Step 4: Biarkan berpusing selama 2-3 minit.

Step 5: Masukkan lagi 1 sudu kecil sabun cuci pinggan

Step 6: Ulang step 4 dan step 5 sampai anda rasa sabun yang dimasukkan cukup untuk mencuci semua cloth diapers. Jangan masukkan sabun yang banyak dalam satu-satu masa sebab tak nak keluar bubbles yang banyak.

Step 7: Bila cucian pusingan pertama selesai, ulang cucian untuk pusingan kedua dan ketiga (tapi tak perlu lah letak sabun lagi) atau sehingga tak ada buih lagi yg dikeluarkan.


Step 8: Lakukan extra rinse dan tambahkan sedikit cuka ke dalam cucian to remove all build up residue from cloth diapers. Sekarang stripping is done! Your diapers should come out like a brand new hehe....

Mudah kan?!!



Selamat Membuat Strip Wash Mommies!!













8 comments:

niney on December 29, 2010 at 2:24 PM said...

boleh x nak guna sabun 'abd pureen' yg khas utk basuh baju baby tu?

ummu humaira on December 29, 2010 at 7:09 PM said...

boleh, digalakkan gune Pureen ABD/HAD

hidayah said...

dear ummmu,bole bg contoh tk sabun cuci pinggan cap apa yg xde agen pelembut?

ummu humaira on January 21, 2011 at 10:51 PM said...

salam dear hidayah,

sorry ye baru dpt reply komen, tak perasan...

mcm sy biasa gune brand 'glo'. tp jgn ambik yg ade aloe vera tu, sbb dia ade unsur agen pelembut... kalau boleh cr sabun cuci pinggan yg murah..for sure takde agen pelembut..

Anonymous said...

kalo gune mesin basuh auto macam mana??tak pandai la plak..hehe

ummu humaira on February 12, 2011 at 3:18 PM said...

mesin basuh auto pun same jugak, yg sy gune ni mesin basuh auto.. bile dh 2-3minit cycle bukak/angkat pintu mesin basuh tu then masukkan lagi cecair pencuci...tak perlu nak stop kan mesin tu.

Anonymous said...

kalau pakai air yg direct terus dr paip mean bukan warm la blh ka?

Linda said...

Klau buat step 7 pun Kene gune warm water ke?atau air yg direct dr paip pun bleh?

 

TERMA & SYARAT Pembelian

Semua item yang dijual di Little Precious Garden adalah brand new dan ready stock kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pesanan: Untuk pesanan, sila isi borang order form di sebelah atas kanan blog atau nyatakan
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel:
Detail Item:
(jenis item mommies minati, saiz, kuantiti)
dan hantarkan kepada ummu.humaira@yahoo.com

Harga: Semua harga tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Item: Penghantaran akan terus dibuat pada hari bekerja seterusnya setelah pembayaran disahkan serta stok order juga disahkan..

Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 3 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
  • Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut

Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.

(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)


All sales are final. Goods sold are not exchangeable or refundable.

Item yang Rosak: Semua item telah diperiksa. Pihak Little Precious Garden tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan item selepas penghantaran dibuat. Thus, lost item is at buyer's risk.

Cloth Diaper, Breastpumps, Children's Wear@ Little Precious Garden Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

/* widget */