Thursday

Kenapa Cloth Diaper Bocor??


Bagaimana Cloth Diaper Boleh Bocor ?



   Baru-baru ini Ummi terima email dari seorang mama yg sedih sebab cloth diaper yang diapakaikan pada baby nye bocor (terkeluar pada bahagian tepi.. bukan bocor/tembus k? => ). Terutamanya waktu kegunaan pada waktu malam.

     "Based on my personal experience" yang dah nak masuk setahun pakai cloth diaper. (bukannye expert sangat pun). I'm lying if i say I had never faced leakage before.. But that was in the olden days :) masa mula-mula anak-anak saya pakai dulu....


    Sekarang alhamdulillah tak pernah berlaku leakage lagi...We learn from our mistakes, right?

Okay, Ini antara faktor2 utama yang mendorong berlakunya kebocoran:
  1. Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash (3 kali lebih banyak prewash, lebih baik): Adalah sangat penting untuk prewash new diapers. Ideally, it should be washed at least 2 times before the soaker can attain good absorbency (daya serapan yang baik). Sesetengah orang mencadangkan cuci dengan air suam, tapimemadai dengan air pada room temperature. (Biasanya kalau beli tuala baru pun kite cuci dulu sebelum guna kan?? Serapan kain jadi lebih baik..)
  2. Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Apabila cloth diaper yang dipakaikan longgar, cloth diaper tidak rapat di bahagian pangkal paha, jadi weewee boleh keluar melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan la smpi terlalu ketat.. Parents perlu biasakan kaedah cuba jaya (trial & error) utk lebih faham setting yang sesuai utk baby.
  3. Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 4-5jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan saehingga 7-8jam. Kalau baby jenis heavy wetter/wee wee dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap kebasahan lagi.sebab tu la berlakunya kebocoran. Tanda pertama anak anda adalah heavy-wetter ialah dia dah mula minum susu formula (susu botol) dan bukan breast feeding..
  4. Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih (nak make sure cd dibilas dengan bersih, buat extra rinse selepas habis cucian dgn menggunakan air yg lebih).
  5. Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan sekali..
  6. Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan. Parents boleh cuba utk tidak menggunakan nappy cream utk lihat sama ada baby masih mempunyai ruam atau tidak selepas penggunaan cloth diaper.. Baby yang mempunyai extra sensitif skin blh gunakan produk bamboo utk gantikan terus penggunaan nappy cream & perlu diletakkan lapisan bamboo bersebelahan/bersentuhan dgn kulit baby..
  7. Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang bnyk mengeluarkan buih, mengandungi unsur softerner/ada unsur minyak yg akan meninggalkan bekas/ mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert. 
Konklusinya, jika berlaku kebocoran, cube semak semula faktor2 yang menyebabkan cloth diaper boleh bocor dan cuba perbaiki kesilapan...nobody is perfect, aight?

Ada tambahan faktor yang nak dikongsi bersama??Any suggestion... is really much appreciated...


9 comments:

BABY on May 14, 2010 at 4:28 PM said...

Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash

apa maksudnya ne?? tak paham
boleh jelaskan lagi..

Lynn Nasir on July 27, 2010 at 4:35 PM said...

salam kenal,

boleh saya tolong jawabkan? strip wash tu dibuat selang beberapa bulan kepada semua lampin kain utk membuang mendapan sabun atau minyak.
ada byk cara nak buat. antara yg paling mudah sila baca di sini: http://www.associatedcontent.com/article/193285/how_to_strip_cloth_diapers.html

Anonymous said...

Saje je nk bgtau pengalaman..
anak saya mula2 pki pn asik bocor aje wlupun da basuh berkali2..pastu da lme2 ok psl selalu guna..
bocor tu psl belum serap lg mcm kita bli tuala kn kena basuh berkali2 dulu br blh guna n serap air..
biasanya klu dia byk minum air n kencing,cptla bocor..klu x byk kencing pki bpe jam pn kering lg..klu tgk diaper da labuh je cpt2 tukar sblm bocor..
now da pki setahun sy btl2 puas ati n da x mahu pki diaper buang..ank pn xde ruam..biasanya klu pki diaper buang selagi x penuh ibu2 syg nk tukar,tu yg bby mudah ruam..
ank saya klu pki diaper buang tu 1 hari 6-9 keping...slalu tukarkn tkt ruam,jd byk belanja..
klu pki diaper basuh ni jimatla..

Anonymous said...

jelaskan lagi tentang strip wash

Anonymous said...

mcmana nak buat strip wash secara manual. maksud sy bkn semua washing machine boleh terima air panas kecuali front loading.
may be sesiapa yg ada experience guna air panas dlm washing machine biasa blh share info.

ummu humaira on December 11, 2010 at 10:11 AM said...

Salam dear mommies,

Panduan lebih jelas boleh baca di sini ye:

Step by step how to do strip wash

Thanks :)

Mrs m@dy said...

Saya pakaikan anak Petpet pun 'bocor' sometimes.... sbbbbbb salah kedudukan cara memakai selalunya time tidur... ini bermakna pakai CD tu kemas2 lebih2 lagi anak lelaki k

zanariah on June 3, 2011 at 10:02 AM said...

strip wash cara manual:
saya selalu buat strip wash for CD sebulan sekali, seperti yg ramai dah bgtau, mendapan sabun dalam CD menyebabkan CD bocor...saya pun mengalaminya...apa yang saya buat adalah seperti berikut:
1. masak air hingga panas
2. letakkan insert yg telah dibasuh n dikeringkan ke dalam baldi.
3. tuangkan air panas ke dalam baldi yg dah berisi insert CD tadi
4. rendam sampai airnya dah kurang panas, masukkan outer CD plak..sbb outer kan made of PUL,ianya kurang tahan panas...
5. setelah air pun dah sejuk, msuk insert n outer CD tadi ke dalam mesin basuh, isi air n bubuh baking soda (mcm nak bubuh sabun tu) then basuh n bilas la macam biasa...
6. setelah dikeringkan, insert tu gebu je..best!
7. proses ni ambik masa lama gak la, about setengah hari...jagan buat strip wash untuk semua CD plak..nanti anak nak pakai apa?:)

ellin sohaimi said...

alhamdulillah...saya berpuas hati sungguh bila dah menggunakan cd ni..hari2 guna kecuali tidur mlm sbb baby masih bedung,jd gunakan diaper.rasa lebih dekat dgn baby...bila cuci,jemur kat ampaian mcm2 corak n warna warni..meriah nampak
...

 

TERMA & SYARAT Pembelian

Semua item yang dijual di Little Precious Garden adalah brand new dan ready stock kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pesanan: Untuk pesanan, sila isi borang order form di sebelah atas kanan blog atau nyatakan
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel:
Detail Item:
(jenis item mommies minati, saiz, kuantiti)
dan hantarkan kepada ummu.humaira@yahoo.com

Harga: Semua harga tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Item: Penghantaran akan terus dibuat pada hari bekerja seterusnya setelah pembayaran disahkan serta stok order juga disahkan..

Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 3 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
  • Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut

Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.

(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)


All sales are final. Goods sold are not exchangeable or refundable.

Item yang Rosak: Semua item telah diperiksa. Pihak Little Precious Garden tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan item selepas penghantaran dibuat. Thus, lost item is at buyer's risk.

Cloth Diaper, Breastpumps, Children's Wear@ Little Precious Garden Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

/* widget */