Saturday

Cara Guna Pocket Cloth Diaper



 Ini adalah cara untuk menggunakan One Size pocket cloth diaper sebelum dipakaikan kepada baby.



 
  • Bagi mama yang baru nak mengenali cloth diaper, yang di tengah-tengah tu dipanggil cloth diaper pant, yang sebelah kiri dan berwarna putih tu dipanggil insert manakala di sebelah kanan yang berwarna merah tu pulak dipanggil liner (washable).
  • Insert tidak mempunyai gel seperti yang terdapat dalam disposable diaper (dd). Insert biasanya diperbuat daripada 3 lapisan fabrik yg dipanggil microfiber.
  • Bagi penggunaan kali pertama saja mama perlu 'adjust' dulu saiz cloth diaper, jika mahu saiz S, M atau L. Bila nk cuci setting saiz itu tak perlu dibuka, biar mcm tu sj... Jadi lain kali, mama tak perlu adjust size lagi cuma masukkan insert dan pakaikan pada si manja :)
  • Cara untuk setting size:



Butangkan buttons di bahagian depan
Bagi saiz newborn atau 'S', butangkan barisan buttons yang pertama ke barisan buttons yg ke-3.


 Saiz 'S'


Adjustable kepada size 'M'
Bagi saiz M, butangkan barisan buttons yg ke-2 ke barisan buttons yang ke-3.


Rupa bila di'adjust' kepada size 'M'


Ruangan terbukak tu adalah poket (tempat) untuk masukkan insert


Masukkan insert (pada tangan kanan) ke dalam poket cloth diaper pant
Utk pengetahuan, yg saya pegang dgn tangan kiri dinamakan cloth diaper inner layer.
Lapisan bercorak pula dinamakan cloth diaper outer layer.


Pastikan insert dimasukkan dengan betul ye...


 Stuffed insert sampai ke bahagian depan cloth diaper pant. 
Pastikan insert rata dan tidak terlipat supaya tidak berlaku sebarang kebocoran


Letak liner di bahagian atas sebelah dalam cloth diaper pant. 
Dh pun siap, mudah bukan...? Sekarang cuma tinggal pakaikan pada si manja :)


Rupa saiz 'S'


Rupa saiz 'M'


Rupa saiz 'L'

  • Kepada semua mama's, Happy Cloth Diapering!!

10 comments:

nur hidayah said...

askum...saya hidayah...
dah dapat brg tadi...
THANKS...
tak sabar nk gunakan CD...

yusriza said...

salam, akak saya dah dapat cd pg td...baru nak tgk cara nak pakaikan pd si kecil...tq akak

ummu humaira on May 6, 2011 at 9:18 PM said...

most welcome to all my dear customers :) kalau nak share/tanyw anything, email ek.. jgn segan.

sakinah said...

salam.saya sakinah.nk tanya,klu xguna liner blh x?liner tu xmelekat kan.ank rasa selesa ke...

idayu said...

salam kak..
sy ni tgh preg first baby..so nak tau, which CD brand yg ok n apa difft between m/fibre n bamboo charcoal insert?which one is better?bleh tak akak suggest kan d best one to be used and affordable...budget within rm300 and klau bleh nak 10 CDs.
tq..... :)

@yue on December 11, 2011 at 6:19 AM said...

tq..good info..^_^

erni said...

bagaimana nak basuh cd ni ya.

ummu humaira on February 4, 2012 at 7:09 PM said...

erni dear,

sy dh email awak regarding cara nak cuci cloth diapers, kindly check ya. tq :)

EsyraDean on April 23, 2012 at 1:53 PM said...

very good info...=)

Nuryanie Omar on April 28, 2016 at 10:06 AM said...

ASSALAM..
saya pengguna baru..
nak tny y liner tu boleh dapat dekt mana ek? tu pakai buang or pakai basuh??
kalau liner tu saya gantikan dengan insert gak okey x??

 

TERMA & SYARAT Pembelian

Semua item yang dijual di Little Precious Garden adalah brand new dan ready stock kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pesanan: Untuk pesanan, sila isi borang order form di sebelah atas kanan blog atau nyatakan
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel:
Detail Item:
(jenis item mommies minati, saiz, kuantiti)
dan hantarkan kepada ummu.humaira@yahoo.com

Harga: Semua harga tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Item: Penghantaran akan terus dibuat pada hari bekerja seterusnya setelah pembayaran disahkan serta stok order juga disahkan..

Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 3 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
  • Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut

Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.

(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)


All sales are final. Goods sold are not exchangeable or refundable.

Item yang Rosak: Semua item telah diperiksa. Pihak Little Precious Garden tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan item selepas penghantaran dibuat. Thus, lost item is at buyer's risk.

Cloth Diaper, Breastpumps, Children's Wear@ Little Precious Garden Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

/* widget */