Thursday

Pre-wash Diaper Baru




Apakah itu Pre-Wash?


Pre-wash ialah mencuci (diapers dan inserts) dengan air tanpa menggunakan sabun. Jemur dan keringkan. Kemudian ulangi pre-wash 2-3 kali.

Kenapa perlu pre-wash?
Untuk membuang kotoran yang tersisa daripada kilang semasa pemprosesan. Pre-wash beberapa kali sebelum gunakan untuk pertama kalinya dapat tingkatkan daya serapan insert.

Sebelum pre-wash diaper baru
Pakaikan pada anak anda terlebih dahulu, supaya anda tahu ia sesuai untuk anak anda. Lapik dengan nappy liner supaya tidak kotor. Bila dah puas hati, boleh la pre-wash dan terus guna untuk anak anda.

Happy Cloth Diapering!

4 comments:

SkyChaser on January 21, 2011 at 2:20 PM said...

salam..
saya nak tanya, kalau utk mummy to-be camne nak tau size baby before pre-wash tu? nak adjust ken size terkecik?

ummu humaira on January 21, 2011 at 10:45 PM said...

Salam SkyChaser,

ha'ah akalu new born adjust kepada size kecik sekali iaitu size S.

trini on July 27, 2011 at 2:49 PM said...

guna air biasa ker air panas

ummu humaira on July 27, 2011 at 3:19 PM said...

salam trini..
Utk pre-wash gune air biasa..
Strip-washing air panas..

 

TERMA & SYARAT Pembelian

Semua item yang dijual di Little Precious Garden adalah brand new dan ready stock kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pesanan: Untuk pesanan, sila isi borang order form di sebelah atas kanan blog atau nyatakan
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel:
Detail Item:
(jenis item mommies minati, saiz, kuantiti)
dan hantarkan kepada ummu.humaira@yahoo.com

Harga: Semua harga tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Item: Penghantaran akan terus dibuat pada hari bekerja seterusnya setelah pembayaran disahkan serta stok order juga disahkan..

Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 3 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
  • Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut

Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.

(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)


All sales are final. Goods sold are not exchangeable or refundable.

Item yang Rosak: Semua item telah diperiksa. Pihak Little Precious Garden tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan item selepas penghantaran dibuat. Thus, lost item is at buyer's risk.

Cloth Diaper, Breastpumps, Children's Wear@ Little Precious Garden Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

/* widget */