Sunday

Pad Wanita Punca Kanser !!


Artikel dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002)

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - Dioksin ! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling merbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:
  • melemahkan sistem imunisasi
  • meningkatkan risiko penyakit radangan pelvik
  • mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapat anak
  • berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak-kanak (bagi perempuan hamil)
Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin.Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

Dikeluarkan dengan penggunaan bahan kimia yang banyak

Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, didalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya). Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripadakayu untuk penyerapan tambahan. Serat didalam kayu dilarutkan didalam larutan kaustik, dipancut kedalam jet haus didalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mongering menjadi gentian lebih panjang). Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula,membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal didalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid.Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.



Utusan Pengguna Julai 2002


Bahan Mentah Tuala Wanita Pakai - Buang di Pasaran




  • Kertas buangan
  • Agen pelunturan yang berkarsinogen
  • Agen fluoresen
  • dan sebagainya
merupakan antara bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai-buang di pasaran. Kertas buangan termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah disembunyikan bakteria serta kuman merbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin yang dinamakan Dioksin akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. Setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk pakai-buang wanita seperti tuala wanita, pantiliner dan tampon.

Kesan ketosidan Dioksin amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic. Ia juga digelar sebagai 'Toksin Yang Paling Kuat' pada zaman kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelasan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payu dara, kanser usus, enddometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Setiap wanita menggunakan lebih kurang 15,000 keping tuala wanita di sepanjang hayatnya! Maka, risiko terdedah terhadap Dioksin bersamaan 15,000 kali!!

Friday

Pocket Diapers


Lampin kain moden yang berpoket atau pocket diapers sangat mudah untuk digunakan dan ia adalah antara pilihan yang terbaik jika anda baru berjinak-jinak dengan cloth diapers. Pocket diapers juga sesuai digunkan oleh babysitter/penjaga atau sesiapa yang belum familiar dengan cloth diapers. Cuma masukkan insert penyerap pada bahagian yang berpoket dan boleh terus dipakai.

Pocket diapers adalah antara yang menjadi pilihan kerana tingkatan penyerapnya yang boleh diubahsuai mengikut keperluan anak masing-masing. Seperti pocket diapers yang lain, pocket diapers jenama Babyland juga direka agar boleh memuatkan insert mengikut keperluan anak anda. Penggunaan kain serat mikro (microfiber) pada insert menjadikan lampin kain lebih menyerap sehingga kali basahan.

Bahagian sebelah dalam dilapisi kain microfleece atau suede jadi satu-satunya yang menyentuh kulit anak anda adalah kelembutan. Pocket cloth diapers adalah pilihan yang baik kerana insert boleh dikeluarkan untuk cucian yang lebih bersih dan mudah untuk kering - kebanyakan masa insert akan keluar sendiri semasa dalam washing machine jadi anda tak perlu sentunya ketika kotor!

Disebabkan bahagian luar pocket diapers diperbuat daripada fabrik yang kalis air, jadi tak perlu gunakan diaper cover.

Happy Cloth Diapering!

Thursday

Pre-wash Diaper Baru




Apakah itu Pre-Wash?


Pre-wash ialah mencuci (diapers dan inserts) dengan air tanpa menggunakan sabun. Jemur dan keringkan. Kemudian ulangi pre-wash 2-3 kali.

Kenapa perlu pre-wash?
Untuk membuang kotoran yang tersisa daripada kilang semasa pemprosesan. Pre-wash beberapa kali sebelum gunakan untuk pertama kalinya dapat tingkatkan daya serapan insert.

Sebelum pre-wash diaper baru
Pakaikan pada anak anda terlebih dahulu, supaya anda tahu ia sesuai untuk anak anda. Lapik dengan nappy liner supaya tidak kotor. Bila dah puas hati, boleh la pre-wash dan terus guna untuk anak anda.

Happy Cloth Diapering!

Wednesday

Diaper Deals! Extended To 7/2


JOM LEBIH JIMAT dengan weekly diaper deals!!

New : Atas permintaan ramai, Diaper Deals dilanjutkan sehingga 7 February !

Beli 5
babyland pocket diaper plain color
RM135

dapat 1 percuma


babyland pocket diaper printed design (boleh pilih) daripada 4 variasi

*tidak termasuk kos penghantaran
Setiap pocket diapers comes with 1 insert only


Cepat, tawaran tamat 2/7!

Monday

Cloth Diapers Sesuai Untuk Ibu Bekerja



Cloth diapers sangan sesuai untuk ibu yang bekerja sepenuh masa jika anda merancang dan mengurus dengan baik.
Menggunakan cloth diaper adalah langkah yang paling bijak untuk kekal sihat dan greeniest option. Ramai ibu-ibu yang bekerja menganggap cloth diapers hanya sesuai untuk ibu yang bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Know what, tanggapan ini jauh meleset. Dengan hanya sedikit kerjasama dari pengasuh anak anda, sedikit pengurusan dan bekalan diapers yang cukup, ibu yang bekerja juga sudah pasti boleh menggunakan cloth diaper untuk si manja.

Inform pengasuh tentang cloth diapers
Ibu perlu memberitahu pengasuh/penjaga yang anak anda menggunakan cloth diapers. Ini untuk elakkan berlaku insiden pengasuh membuang cloth diapers sebab sangkakan ia sama seperti disposable diapers. Make sure, pengasuh diajar cara penjagaan cloth diaper, contohnya najis anak anda perlu dibuang sebelum masukkan dalam wet bag. Ada juga antara pengasuh yang tak nak gunakan cloth diaper sebab sangka mereka yang perlu mencucinya, maklumkan pada mereka yang mereka tidak perlu mencuci cloth diapers tersebut cukup sekadar buang najis e dalam mangkuk tandas.

Bawa bekalan yang cukup
Pastikan anak anda dibekalkan dengan cloth diapers yang mencukupi. Sertakan bersama wet bag supaya boleh muatkan diapers yang kotor. Jangan lupa untuk lekatkan nama anak anda pada wet bag tersebut supaya pengasuh tidak keliru dengan cloth diaper anak-anak yang lain. Di penghujung hari, bawa balik wet bag yang berisi diapers yang kotor, kosongkan dan bersihkan untuk kegunaan esok hari.

Jadikan Cloth Diapering sebagai rutin
Jika anda menggunakan khidmat pembantu rumah, cloth diapering bukanlah satu tambahan kerja. Jika anda mencucinya sendiri, pastikan tugas ini berjalan dengan sedikit pengurusan. Plan yang baik ialah sampai saja di rumah, ibu perlu terus bilas dengan air sebelum masukkan dalam baldi, kemudian boleh cuci diapers pada waktu laundry (waktu cuci baju lain) dengan washing machine, jika merancang untuk mencuci setiap hari. If not masukkan dalam baldi, 2 @ 3 hari kemudian baru cuci. Jika ibu memilih untuk tidak mencuci setiap hari, pastikan setiap cucian tidak melebihi 24 diapers agar cucian lebih bersih.

Happy Cloth Diapering!

Wednesday

Kelebihan Cloth Diapers


Kenapa pilih cloth diapers? Ada banyak sebab. Cloth diapers lebih lembut pada kulit bayi anda. Cloth diapers juga bebas daripada sebarang bahan kimia yang terkandung di dalam disposable diapers.

Lebih Selesa
Saya percaya keselesaan adalah sebab yang paling penting kenapa memilih cloth diapers. Cloth diapers diperbuat daripada jenis fabric yang berudara yang mampu memberi kelembutan kepada si manja anda. Cloth diapers tidak mempunyai plastik atau bahagian kertas yang boleh melukakan kulit bayi anda. Cloth diapers kini juga lebih cantik dipandang kerana terdapat dalam pelbagai jenis warna dan corak yang menarik. Adakah anda perasan apa yang disiarkan oleh jenama iklan disposable? Lapisan luaran “seperti-kain” – mereka juga tahu kain adalah yang paling selesa!

Menjimatkan
Menggunakan cloth diapers lebih menjimatkan dan menguntungkan berbanding lampin pakai buang. Walaupun untuk belian pertama memerlukan belanja yang tinggi, anda akan tetap dapat menjimatkan wang untuk jangka masa panjang kerana cloth diapers boleh bertahan beberapa tahun. Bukan saja bertahan lama tapi lebih kerap anda mencucinya, lebih tinggi daya serapan. Pastinya ini tak boleh berlaku pada lampin pakai buang, kan? Ok, katakan dengan menggunakan lampin pakai buang:

Bil hari

Harga seunit

Kuantiti

Harga

1

RM0.60

6

RM 3.60

365

RM0.60

365 x 6

RM 1, 314.00

3 tahun

RM0.60

3 x 365 x 6

RM 3, 942.00



Sebagai tambahan, cloth diapers boleh disimpan untuk anak anda seterusnya ataupun dijual semula sebagai permulaan simpanan. JIMATKAN??!!

Sihat – tiada lagi ruam
Dengan cloth diapers ini si manja tidak mudah dijangkiti ruam. Ini kerana fabrik yg digunakan membenarkan pengaliran udara di dalam cloth diapers jadi si manja akan rasa lebih selesa dan segar. Tidak seperti lampin pakai buang yang menggunakan bahan terpakai seperti bahan kimia, kertas, dan plastik. Cloth diapers adalah pilihan yang lebih bersifat natural. Lagipula, anak anda akan cepat sedar perbezaan antara basah dan kering. Ini kerana cloth diapers kurang menyerap berbanding lampin pakai buang, bukan ke satu perkara yang baik?! Cloth diapers biasanya akan mula terasa basah selepas purata 4 jam selepas dipakai sedangkan lampin pakai buang menyembunyikan kebasahan. Takkan anda nak biarkan anak anda berendam dengan najis untuk masa yang lama. Oh tidak..!

Mesra Alam
Lampin pakai buang akan tinggalkan sisa buangan dan pencemaran bermula daripada pengeluar kepada pengguna. Dianggarkan secara puratanya 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap tahun, itu belum kira pembuangan dari hasil pengeluaran dan pemprosesan. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah kerana adanya najis. Sedangkan jika menggunakan cloth diaper, semua najis akan dibuang ke tempat sepatutnya iaitu dalam mangkuk tandas. Lagipun, semua produk yang berasaskan kain jika sampai kepada penghujung jangka hayat boleh digunakan sebagai kain buruk dan akhirnya ia mudah terurai dan kembali pada tanah.

Mudah
Ramai ibu bapa yang fikir cloth diapers memerlukan banyak kerja. Sebenarnya tidak, lampin kain moden sangat mudah untuk digunakan semudah lampin pakai buang, begitu juga dengan penjagaan cloth diapers. Kebanyakan jenis cloth diapers mempunyai bahagian kaki dan pinggang yang bersifat elastic jadi ia berfungsi sama sahaja seperti lampin pakai buang.

Bertahan Lama seperti Lampin Pakai Buang
Cloth diapers boleh bertahan sama seperti lampin pakai buang biasa 3 hingga 4 jam. Malah kalau anda inginkan waktu yang lebih lama, anda boleh masukkan 2 insert dalam satu masa. Dengan ini cloth diapers boleh bertahan sehingga 7 hingga 8 jam. Amat sesuai untuk dipraktikkan pada waktu malam.

Lebih Banyak Sebab Kenapa Pilih Cloth Diapers
Jika anda masih ragu-ragu, lihat artikel ini untuk lebih banyak sebab kenapa pilih cloth diapers:
Cloth vs Disposable Diapers
Cloth Diapers vs Disposable Diapers

Berapa Banyak Diapers yang Diperlukan



BILANGAN DIAPERS yang anda perlukan bergantung kepada umur bayi anda dan berapa kerap anda merancang untuk mencuci diapers. Anda memerlukan semakin kurang diapers apbaila si manja anda kian membesar.

Sesetengah jenis diapers memerlukan anda menukar dengan lebih kerap. Sebagai contoh, pocket diapers mempunyai penghadang kelembapan antara si manja dengan insert penyerap.

Ini bermakna, anda boleh kurang menukar kecuali diaper tersebut kotor.
Jika si manja anda membuang dengan lebih kerap/dalam kuantiti yang banyak, anda boleh tingkatkan serapan dengan menggunakan 2 insert.

Sudah tentu anda boleh mempunyai jenis-jenis diapers yang lain seperti fitted diapers atau all in one diapers untuk memudahkan pengasuh atau ahli keluarga lain yang belum biasa dengan cloth diapers.Ini juga sebagai back up in case anda tak berpeluang nak buat cucian atau jika si manja anda sakit.

Jika anda tidak mampu untuk membeli diapers sekaligus, anda boleh mula dengan membeli beberapa helai sebagai cubaan pertama dan tambahkan lagi pada bulan seterusnya.
Berikut merupakan bilangan cadangan diapers yang diperlukan:

Jenis Cucian

Harian

Setiap 2 hari

Setiap 3 hari

Dari lahir hingga 6 Bulan.

10-12

20-24

30-36

6-12 Bulan

8-10

16-20

24-30

12-24 Bulan

6-8

12-16

18-24

Potty Learning

2-4

4-8

6-12



Pocket diapers dan all in one diapers tidak memerlukan covers. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 1 insert untuk day time pocket diaper dan 2 insert untuk setiap night time diaper.

Cucian Cloth Diaper


Bagaimana untuk mencuci cloth diapers
Jika anda menggunakan cloth diapers lambat laun anda perlu mencucinya. Jangan risau, anda BOLEH mempunyai diapers yang bersih dan segar dengan usaha yang sedikit. Mencuci cloth diapers perlukan jagaan yang lebih sedikit berbanding mencuci baju, tetapi anda akan dapati ia mudah bila anda dah biasa dengan rutinnya menggunakan sabun yang berkesan. Untuk mendapatkan rutin yang sesuai, mulakan dengan beberapa langkah asas kemudian boleh cuba variasi yang lain untuk sesuaikan dengan keadaan, jadi pastikan pilih cucian yang terbaik untuk anda. Saya juga sertakan beberapa tips untuk diikuti sebagai tambahan agar cucian cloth diapers anda menjadi lebih mudah!

Adakah anda tahu cara yang betul cuci cloth diapers?
Jika anda tanya bagaimana untuk cuci cloth diapers pada 10 keluarga, anda mungkin akan mendapat Sembilan jawapan yang berbeza. Apa yang sesuai untuk satu keluarga mungkin tidak sesuai untuk keluarga yang lain, jadi bagaimana untuk anda tahu rutin cucian mana yang paling sesuai untuk anda? Sebenarnya, cara yang “betul” untuk mencuci cloth diapers adalah bergantung kepada apa jenis diapers yang anda ada, apa jenis air yang anda ada (panas/sejuk), apa jenis sabun cucian yang anda ada, apa jenis washing machine yang anda ada (front loading/top loading) dan sebagainya.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Diapers yang Baru
Saya tahu anda pastinya tak sabar nak cuba cloth diapers pada anak anda. Tapi sebelum tu, luangkan sedikit masa untuk baca tips berikut:
• Cuba diaper baru sebelum memulakan cucian. Alas dengan kain atau wipes yang kering sebagai penghalang agar diaper bersih. Ini untuk pastikan yang diaper tersebuat muat/padan untuk anak anda.
• Jika ada sebarang tanda pada cloth diapers, hanya tanggalkan dengan air sejuk yang bersih.
• Keluarkan inserts dari pocket diapers.
• Cuci cloth diaper beberapa kali untuk menanggalkan bahan kimia tersisa dan untuk meningkatkan daya serapan cloth diaper.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Cucian Asas
Ini adalah cucian yang asas. Ikuti langkah-langkah ini dan anda akan dapati ia permulaan yang bagus.
1. Buang sebanyak mungkin najis yang kelihatan ke dalam mangkuk tandas jika anak anda tidak breasfeed sepenuhnya. Sesetengah orang menggunakan liner di dalam cloth diaper untuk memudahkan bahagian ini.
2. Pastikan cuci(prewash) dan bilas(prerinsing) dengan tangan cloth diapers sebelum masukkan ke dalam baldi.
3. Masukkan diapers yang telah dicusi ke dalam baldi.
4. Cuci cloth diapers setiap 2-3 hari untuk elakkan bau dan kotoran degil.
5. Masukkan ke dalam washing machine. Pilih water level yang maksimum.
6. Gunakan hanya ¼ daripada amaun yang disyorkan oleh pengeluar sabun. Sebaiknya gunakan sabun cuci biasa yang tidak mempunyai bahan peluntur dan bahan kimia terlampau.
7. Lakukan bilasan tambahan (extra rinse)
8. Sebelum jemur, periksa cloth diaper jika kelihatan kotoran degil yang masih belum tanggal.
9. Jemur di bawah cahaya matahari adalah yang terbaik.

Bagaimana Mencuci Cloth Diapers – Kepelbagaian Cucian
Cubalah salah satu cara berikut sebagai variasi kepada cucian diapers anda. Jika yang pertama kurang, cuba cara yang lain pula.
• Campurkan sedikit baking soda ke dalam rinse pertama washing machine anda untuk menghilangkan bau dan membantu menanggalkan kotoran.
• Guna 1/2 sehingga 1 cawan cuka pada bilasan terakhir untuk melembutkan diapers dan menghilangkan bau..
• Cuba campurkan 1/2 cawan jus lemon ke dalam kitaran cucian washing machine untuk membantu menanggalkan kotoran.
• Beberapa titik Tea Tree Oil boleh digunakan pada bilasan terakhir untuk membantu menghilangkan bau.

Tips Semasa Mencuci Cloth Diapers
• Jika washing machine anda mempunyai presoak cycle, cuba gunakan. Ia membantu untuk menanggalkan kotoran sebelum cucian sebenar.
• Jika kotoran dari najis tak nak tanggal, jangan risau. Cuma perlu masukkan sedikit Baking Soda ke dalam cucian dan pastikan jemur di bawah sinar matahari.
• Matahari adalah penanggal kotoran yang terbaik.
• Jauhkan baldi yang berisi cloth diaper dari kanak-kanak.
• Elakkan sabun cuci yang mempunyai haruman terlampau yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit bayi yang sensitif.
• Elakkan fabric softener kerana boleh mengurangkan daya serapan.
• Elakkan mencuci terlalu banyak cloth diaper dalam satu-satu masa. Memadai dengan 2 dozen (24 keping) cloth diaper, jika anda inginkan cucian yang bersih.

Apa itu cloth diaper


Ada sesetengah antara anda yang telah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan cloth diaper dan mungkin pernah terbaca artikel tentang cloth diaper. Tapi bagi yang pertama kali dengar tentang cloth diaper mungkin ternya-tanya apa tu cloth diaper?

Erm.. kain lampin putih tu ke atau another type of disposable diaper. Cloth diapering today is not what it used to be. Bila kebanyakan parents fikir tentang cloth diaper mesti ingat kain lampin 4 segi yang perlu dilipat dan dipin dan dibalut dengan seluar plastic diluarnya. Parents juga akan fikir bagaimana susah dan renyah masa nak cuci bila guna cloth diaper.

It seems as though many parents have missed the total evolution of the cloth diaper that has occurred over the past decade or so.
Pilihan terbaru dalam menggunakan material yang berteknologi tinggi telah menyebabkan ramai parents yang pertimbangkan semula adakah penggunaan disposable diaper adalah pilihan yang terbaik.

Fabric luaran cloth diaper diperbuat daripada fabric yang berkualiti tinggi. Fabric jenis ini lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci. Fabric jenis ini dikenali sebagai PUL atau fabric polyurethane laminate yang dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Bahagian dalaman cloth diaper bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) atau hemp jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana cloth diaper bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) atau aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Jadi cloth diaper kini sangat mudah untuk digunakan semudah menggunakan disposable diaper.

Cloth diaper hari ini pastinya sangat comel dan menawan kerana ia didatangkan daripada pelbagai jenis warna dan pattern yang menarik.

Jadi persoalannya, kenapa perlu gunakan disposable diaper?

Tuesday

Babyland Cloth Diapers


Kebanyakan ibu memilih disposable diapers kerana mereka sangka ia mudah berbanding klampin kain yang inconvinient. Apa yang para ibu tidak sedar, lampin kain kini telah jauh berubah berbanding dengan lampin kain putih yang dipakai sewatu kecil dulu. Pin lampin kain juga telah ditukar dengan snappies yang sungguh convinient. Lampin kain moden a.k.a cloth diapers kini lebih seronok kerana datang dalam pelbagai warna yang menarik dan corak yang sungguh comel.

Selamatkan alam sekitar, jimatkan wang anda dan bantulah anak anda untuk dapatkan lebih keselesaan dan kekal sihat dengan menggunakan cara lama versi baru lampin kain. Baca lagi Kelebihan Cloth Diapers

Jom Shopping!


Pocket Diapers

Cloth diapers jenis berpoket bagus kerana anda boleh gunakan apa sahaja material yang boleh menyerap termasuklah lampin kain putih yang biasa untuk dimasukkan sebagai insert. Dengan insert yang berasingan, cloth diapers lebih mudah untuk dicuci dan dikeringkan. Gunakan 2 insert pada waktu malam atau jika si manja anda membuang dalam kuantiti yang banyak.

Babyland Plain Color Pocket Diapers with 1 Insert

Brand : Babyland
Design : Plain Color
Color : Available in 8 colors
(green, blue, lavender, pink, orange, red, yellow and white)

Price : RM27/pc


Black Yellow Swirl Pocket Diaper with 1 Insert



Brand : Babyland
Design : Swirl
Color : Combination of black, yellow and white
Price : RM28/pc


Pink Brown Swirl Pocket Diaper with 1 Insert


Brand : Babyland
Design : Swirl
Color : Combination of pink, brown, blue and white
Price : RM28/pc


Yellow Spongebob with 1 Insert

Brand : Babyland
Design : Spongebob
Color : Yellow
Price : RM28/pc


Blue Monkey with 1 Insert


Brand : Babyland
Design : Printed Monkey
Color : Yellow
Price : RM28/pc


 

TERMA & SYARAT Pembelian

Semua item yang dijual di Little Precious Garden adalah brand new dan ready stock kecuali dinyatakan sebaliknya.

Pesanan: Untuk pesanan, sila isi borang order form di sebelah atas kanan blog atau nyatakan
Nama Penuh:
Alamat:
No. Tel:
Detail Item:
(jenis item mommies minati, saiz, kuantiti)
dan hantarkan kepada ummu.humaira@yahoo.com

Harga: Semua harga tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

Item: Penghantaran akan terus dibuat pada hari bekerja seterusnya setelah pembayaran disahkan serta stok order juga disahkan..

Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 3 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
  • Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut

Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.

(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)


All sales are final. Goods sold are not exchangeable or refundable.

Item yang Rosak: Semua item telah diperiksa. Pihak Little Precious Garden tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan item selepas penghantaran dibuat. Thus, lost item is at buyer's risk.

Cloth Diaper, Breastpumps, Children's Wear@ Little Precious Garden Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino

/* widget */